suria

Sidang DUN Khas Tetap Diteruskan Walaupun Ada PRK - Mohd Amar

KOTA BARU: Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang berlangsung pada 16 hingga 18 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun terdapat pilihan raya kecil (PRK) DUN Chempaka.

PAS telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya itu, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco di Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac depan manakala hari penamaan calon pula pada 10 Mac. Pengundian awal diadakan pada 18 Mac.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Menteri Besar Kelantan pada 12 Februari akibat kanser prostat.

Pada pilihan raya umum lepas, Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi. Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain