JOHOR BAHRU: Johor telah berjaya menarik lebih dari RM20 bilion pelaburan tahun lepas, mendahului pelaburan di negeri-negeri lain buat kali kedua berturut-turut. Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada 2013 negeri itu mencatatkan kira-kira RM14.3 bilion nilai pelaburan. "Tahun lepas sahaja, Johor menerima lebih dari RM20 bilion pelaburan, menjadikannya sekali lagi menjadi negeri dengan pelaburan paling tinggi." "Ini menunjukkan bahawa kerajaan semasa mampu mengurus ekonomi negeri ini," katanya dalam ucapan beliau semasa menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Tiong Hua Johor Baru, di sini Khamis. Mohamed Khaled berkata beliau berharap Tahun Kambing akan membawa lebih tuah dan kemakmuran kepada negeri itu.