suria

Setiausaha Agung PSM Ditahan Kerana Menghasut

S. Arutchelvan

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),  S. Arutchelvan ditahan polis di bawah Akta Hasutan.

Berdasarkan posting di laman Facebook PSM, pegawai polis dari Balai Polis Dang Wangi juga merampas komputer, modem dan telefon bimbitnya.

Ketika dihubungi The Star Online kira-kira pukul 6 petang tadi, Arutchelvan berkata terdapat kira-kira 10 anggota polis menunggu di luar rumahnya di Kajang untuk menahannya.

"Saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah Akta Hasutan, " katanya.

Ketika dihubungi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa Arutchelvan ditahan pada kira-kira pukul 7 malam dan telah dibawa ke balai.

Berdasarkan laporan berita minggu lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Arutchelvan dan dua orang yang lain akan ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung komen yang dibuat berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Lain