suria

UMNO, Parti Komponen BN Perlu Jawab Tohmahan Pembangkang

MARAN: Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu berani, tegas dan proaktif dalam menjawab tuduhan dan fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap pemimpin parti itu.

Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata anggota parti perlu menjawab dakwaan itu dengan bukti supaya rakyat tahu perkara sebenar dan tidak terpengaruh dengan dakyah berkenaan.

"Pembangkang kini ghairah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dan prasangka buruk terhadap pemimpin Umno, BN dan kerajaan termasuk isu keselamatan negara. 
|
"Hal ini perlu ditangani kita dengan menjawab isu berkenaan dengan lebih lantang untuk mengelak rakyat beranggapan fitnah dan isu yang dibangkitkan itu benar," katanya.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Maran berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa bahagian di sini, hari ini.

Rakyat juga perlu diberi penerangan mengenai setiap dasar baharu kerajaan supaya mereka memahaminya, sekaligus mengelak pembangkang memanipulasi perkara itu, katanya. 

Umno, pembangkang

Artikel Berikut

Artikel Lain