KUCHING: Pihak bomba dan penyelamat terpaksa mengeluarkan cincin besi yang terlekat pada jari seorang wanita berusia 21 tahun dari Kampung Samariang di sini. Jurucakap bomba Padungan berkata wanita tersebut pada mulanya pergi ke Hospital Umum Sarawak untuk mengeluarkan cincin itu tetapi dinasihat agar mendapat bantuan pihak bomba. "Dia tiba di stesen bomba Padungan kira-kira 4 petang dan cincinnya berjaya dikeluarkan kira-kira 6.42 petang," kata jurucakap itu.