suria

Remaja hilang bot terbalik

Gambar hiasan.

SANDAKAN: Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik di perairan pelabuhan Karamunting dekat sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata operasi mencari sehingga petang ini belum menemui Jaki Hamid, 21.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa bersama tiga rakannya yang berusia antara 18 hingga 20 tahun menaiki bot kecil untuk memukat ikan.

"Ketika bot itu terbalik dan ketiga-tiga rakan mangsa sempat berenang dan berpaut pada bot, mangsa yang dipercayai tidak pandai berenang didapati hilang,"katanya.

Selain itu, Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik di Sungai Lebir, Kuala Krai awal pagi Rabu.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan II, Razak Harun berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, Ahmad Fakrul Aziz, 21, dikatakan sedang menaiki bot bersama lima rakannya untuk memancing.

"Ketika dalam perjalanan, bot mereka terbalik menyebabkan mangsa hilang manakala lima lagi rakannya berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Razak berkata gerakan mencari dan menyelamat mangsa disertai 10 anggota pasukan penyelamat bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam dan Unit Penyelamat Di Air (PPDA) Kelantan.

Bot terbalik

Artikel Lain