"Tiada aktiviti seperti itu sedang berlaku," kata Pengarahnya, Datuk Jame Alip dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Star pada Rabu.
Khabar angin bahawa ramai pelajar bukan Islam di sekolah tersebut dipaksa mengucap kalimah Syahadah dan memeluk Islam sebagai agama baharu mereka ketika perhimpunan di sekolah tersebut pada pagi Rabu, mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan laman media sosial.
Terdapat dakwaan bahawa pelajar yang enggan mengikut arahan telah dikasari dan kebanyakan pelajar meninggalkan asrama kerana bimbang dengan khabar angin itu.
Pada awal bulan ini, seorang pelajar di SMK Kinarut didakwa dipaksa memeluk agama Islam oleh seorang warden di asramanya tanpa persetujuan ibu bapanya.
Polis berkata, pelajar perempuan itu masih lagi beragama Kristian kerana ibu bapanya tidak pernah bersetuju dengan penukaran agama anaknya.