suria

15 Buah Premis Nasi Kandar Diarah Tutup Kerana Kotor

Ahmad Shukri menunjukkan ayam yang belum dimasak terdedah di lantai. Foto: ZHAFARAN NASIB/The Star

BUTTERWORTH: Sebanyak lima belas buah premis nasi kandar ditutup oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dalam operasi kebersihan restoran di seluruh negeri pada Rabu.

Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pulau, Ahmad Shukri Bakar berkata premis itu adalah antara 32 cawangan diperiksa di semua lima daerah semasa Ops Nasi Kandar.

Daripada 15 yang ditutup, tujuh premis berada di kawasan pulau (tiga di daerah Timur Laut dan empat di Selatan-Barat). Selebihnya adalah di utara Seberang Prai (enam) dan tengah Seberang Prai (dua).

Beliau berkata cawangan ini telah ditutup selama 14 hari kerana tidak mematuhi pelbagai kriteria kebersihan.

"Kami akan terus memeriksa premis ini, dan jika masih tidak berpuas hati, mereka akan diarah menutup operasi sekali lagi selama dua minggu," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata premis diarah turut mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Najis tikus di tempat penyimpanan tepung.


Katanya, jika pengendali berjaya membersihkan premis itu, mereka akan dibenarkan untuk menyambung semula perniagaan selepas tiga hari dari tarikh penutupan.

Jelas Ahmad Shukri, antara 32 premis yang diperiksa, lapan adalah di utara daerah Seberang Prai, Seberang Prai pusat (tiga),  Seberang Prai Selatan (tiga), Timur Laut (lima) dan Barat Daya (13).

Semasa operasi, pejabat kesihatan daerah juga mengeluarkan notis tujuh hari dan mengutip kompuan sebanyak RM6,100 manakala majlis kesihatan daerah telah mencatat 30 notis dan mengutip denda RM2,110.

Antara kesalahan yang dikesan semasa operasi adalah premis tidak memenuhi kriteria kebersihan yang menarik minat kehadiran tikus, kebersihan bahan mentah disimpan adalah tidak memuaskan, lantai dan dinding kotor, tong sampah tidak ditutup sementara pengendali makanan tidak mendapat suntikan anti-tifoid serta pakaian pekerja yang tidak bersih.

Malah makanan yang dihidang didapati terdedah dan pengendalian yang tidak bersih.

Ahmad Shukri berkata, operasi itu adalah bagi memastikan pengusaha nasi kandar mematuhi akta dalam penyediaan makanan, kebersihan peralatan, dan pada masa yang sama ia akan memberi kesedaran kepada pengusaha restoran makanan lain di negeri ini.

Tindakan yang telah diambil untuk memastikan bahawa pelanggan tidak terdedah kepada risiko keracunan makanan.

Artikel Berikut

Artikel Lain