Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihak polis tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.
"Mana-mana orang yang terlibat dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan (memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan, atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Perhimpunan itu dijangka berlangsung esok bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.