suria

KPM Tawar Biasiswa Pelajar Cemerlang SPM 2014

PETALING JAYA: Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+  dan ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan mendapat tajaan biasiswa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Biasiswa tersebut akan meliputi kos pengajian pra-universiti di dalam negara sebelum mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan mahupun di luar negara.

KPM dalam satu kenyataan berkata biasiswa berkenaan akan diberikan secara automatik kepada semua pelajar cemerlang yang memperoleh 9A+ tanpa mengira kaum, etnik mahupun latar belakang keluarga.

Tajaan biasiswa tersebut meliputi kos pengajian, kos sara hidup serta elaun penginapan.

"Semakan boleh dilakukan melalui sistem Aplikasi Online Bursary di laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.my mulai 4 Mac hingga 20 Jun ini.

"Pelajar dikehendaki membaca serta memahami syarat-syarat yang ditetapkan serta mengemaskini maklumat mereka melalui Aplikasi Online Bursary,” menurut kenyataan tersebut.


Artikel Lain