suria

Pembunuh Tersalah Tembak

Suspek yang ditahan reman oleh polis pada Selasa.

GEORGETOWN: Seorang Pengarah Firma Keselamatan E. Selvakumar yang ditembak mati ketika memandu di Jalan Scotland di sini bukan sasaran utama pembunuh.

The Star dalam laporannya mendakwa, sasaran sebenar pembunuhan itu merupakan lelaki yang dikenali sebagai Bala Tofu Prai, 54, - pemilik restoran dan dikatakan ketua gangster yang menjadi penumpang dalam kereta dipandu mangsa.

Selvakumar, 51, atau digelar Kumar Metro ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di kepala, badan dan lengan manakala  Bala hanya cedera ringan.

Berikutan itu, polis kini telah menahan Bala dan dua suspek lain untuk siasatan.

Sumber memberitahu The Star, mangsa yang didakwa sebagai 'orang kuat' kumpulan samseng 36 (geng 36) telah ditembak sekurang-kurangnya tujuh kali dari jarak dekat oleh penyerang yang menaiki motosikal pada Isnin malam.

Kejadian berlaku ketika kenderaan yang dipandu mangsa berhenti berhampiran lampu isyarat di persimpangan Jalan Scotland- Batu Gantung sebelum lelaki bermotosikal melepaskan tembakan.

Berdasarkan sumber Kementerian Dalam Negeri, pihaknya mengenal pasti Bala Tofu Prai sebagai ketua geng 04 pada 2013.

Difahamkan kedua-dua mangsa sedang menuju ke Butterworth selepas menghadiri majlis pertunangan di sebuah kuil di Jalan Niagara Falls.

Menurut sumber polis, persaingan antara geng merupakan punca di sebalik kes pembunuhan dan modus operandi yang digunakan adalah tembakan ketika mangsa sedang memandu.

Siasatan awal menunjukkan Kumar Metro mempunyai rekod rompakan pada tahun 1981 manakala Bala Tofu Prai mempunyai rekod rogol dan pecah rumah.

Bunuh, Tembak

Artikel Lain