suria

Myvi Hangus, Pemandu Rentung

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta ditemui rentung selepas sebuah kereta Perodua Myvi hangus terbakar di satu kawasan lapang di atas bukit berhampiran tangki air di Bukit Damansara pada Khamis.

Kebakaran itu menyebabkan kenderaan itu terbakar 100 peratus dan sehingga berita ini ditulis identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas Rodzlan Othman berkata pusat gerakan operasi bomba menerima panggilan pukul 10.27 pagi daripada pengawal keselamatan di kawasan berkenaan dan ketika pihaknya tiba kereta berkenaan sudah 50 peratus terbakar.

"Kita berjaya memadamkan api kira-kira pukul 11.03 minit dan selepas selesai kita kesan ada mayat di dalamnya, namun tidak dapat dikenal pasti jantinanya.

Mayat berkenaan telah diambil pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mengulas lanjut Rodzlan percaya kebakaran berkenaan bukan disebabkan kemalangan tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Dalam kereta berkenaan kita turut menjumpai kerusi yang selalunya digunakan orang kurang upaya. Selain itu kita juga menjumpai dua pemetik api," katanya.

Terbakar, Myvi

Artikel Lain