"Ia fenomena global. Sekiranya terdapat apa-apa langkah yang memerlukan undang-undang, yang mungkin tidak mencukupi buat masa ini, yang akan diwujudkan, ini adalah masa terbaik untuk melakukannya.
"Sepanjang pengetahuan Kementerian Pertahanan, kami amat konsisten dengan pendirian berhubung ancaman IS.
"Ia benar, ia bukan sesuatu yang dibuat-buat, ia tiada kaitan dengan politik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mengenai persediaan penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang akan datang di sini, Jumaat.
Di bawah Pota, pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk menahan suspek pengganas selama dua tahun dan tempoh penahanan itu boleh dilanjutkan selama dua tahun lagi bergantung kepada jenis kes.