suria

Militan IS Warga Malaysia Masih Belum Ambil Slip SPM

Mohd Faris Anuar.
GURUN: Mohd Faris Anuar, yang dikenalpasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang dipercayai terlibat dalam rakaman video penyembeliahan rakyat Syria oleh kumpulan militan (IS) masih belum mengambil slip keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang didudukinya pada 2012.

Perkara itu disahkan oleh pengetua sekolahnya, Che Noorliati Said.

Mohd Faris yang juga anak ketiga daripada enam beradik, menamatkan pelajaran di Tingkatan Empat dan Lima di Kolej Vokasional Sungai Petani 1, yang sebelumnya dikenali sebagai SM Vokasional Sungai Petani 1.

Che Noorliati berkata pada Khamis bahawa Mohd Faris turut diberikan sijil berhenti sekolah tetapi beliau enggan mengulas sama ada dia telah mengambil sijil tersebut.

Katanya, beliau tidak begitu ingat mengenai Mohd Faris kerana dia bukan pelajar cemerlang di sekolah tersebut.

Sekolah tersebut juga enggan mendedahkan aktiviti Mohd Faris sepanjang persekolahannya di sana.

"Jika dia masih lagi pelajar di sini, mungkin kami boleh meneliti perkara ini. Tetapi memandangkan dia telah meninggalkan sekolah dan sudah diberikan sijil berhenti sekolah, dia bukan lagi dibawah tanggungjawab kami," katanya.

Che Noorliati berkata pelajar di sekolah tersebut mendapati bahawa Mohd Faris adalah bekas pelajar di sekolah tersebut selepas sebuah rakaman video penyembelihan tawanan warga Syria menjadi viral.

Mohd Faris Anuar, IS

Artikel Lain