MEMORI MH370 yang dipaparkan mStar Online selepas setahun usia tragedi misteri ini dengan rendah hati ingin menghadiahkan catatan indah ini khas buat mangsa dan keluarga penumpang serta kru pesawat malang itu. Dua belas kali bulan kembang Selepas setahun, langit masih belum mahu terbuka untuk memesrai kita. Dua belas kali bulan purnama awan tetap enggan bercerita. Biru laut kekal bergumam dengan gelora tanda tanya. Misteri masih bergantungan antara keduanya. Dua belas kali bulan mengambang, sepucuk surat penawar duka pembasuh rusuh tetap enggan datang. Lara tak terubat. ingin, cemas dan harap tetap berkampung di dalam dada. Angin tegar bermain teka-teki. Setahun lalu - kami masih ingat itu - keliru tiba-tiba menjadi ribut. Antara laut china selatan, Laut andaman, selat melaka dan lautan hindi kita cuba menebak ombak. keangkuhan runtuh dengan sebuah kehilangan. Antara debur ombak dipecah karang, cinta dan ingat kami tak pernah kurang. Nukilan: Kalamutiara