suria

Dewan Rakyat Lulus Usul Tiada Halangan Ke Parlimen

Persidangan Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari inimeluluskan usul memastikan laluan ke Parlimen tidak dihalang atau berlaku kekacauan. 

Usul dikemukakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai langkah mengelak berlakunya sebarang halangan, kacau-bilau di sepanjang laluan menuju ke Parlimen mahupun huru-hara di bangunan Dewan atau sekitarnya. 

"Majlis ini memerintahkan ketua polis negara menjaga selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, (dengan memastikan) jalan dan lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli pergi dan balik dari Dewan ini.

"Saya ingin menambah jangan ada aktiviti mencukur rambut di jalan masuk kedalam Dewan ini," katanya. 

Beliau merujuk kepada tindakan beberapa anggota Parlimen Pakatan Rakyat hari ini yang bertindak membotakkan kepala ketika mengadakan protes di luar bangunan Parlimen bagi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara pemimpin PR yang mencukur rambut termasuk Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Kota Kinabalu) dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubok Lee Khai Loon.

Artikel Lain