suria

Penamaan Calon DUN Chempaka Ditutup

KOTA BAHARU: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini, ditutup pada 10 pagi Selasa.

Proses penamaan calon itu berlangsung selama sejam sejak 9 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ibrahim Bakri Mat Deris dijangka membuat pengumuman mengenai PRK itu kemudian. Pengundian dijadual 22 Mac.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

DUN Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa; 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi tidak hadir luar negara.

Chempaka

Artikel Lain