Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau melihat kejadian itu sebagai sesuatu yang serius.
"Ini sangat serius. Kita akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana salah laku," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada 113 kakitangan yang lama berkhidmat dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini.
Tiong Lai berkata mesyuarat kumpulan kerja antara China, Australia dan Malaysia mengenai kehilangan MH370 akan diadakan di sini bulan ini, diikuti dengan mesyuarat peringkat menteri pada April.
Beliau berkata mesyuarat akan mengkaji semula usaha carian dan memutuskan tindakan.