suria

Blog Tun M chedet.cc Digantung

PETALING JAYA: Blog milik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc, telah disekat atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Blog tersebut tidak boleh diakses selepas pukul 4 petang Jumaat dengan mesej 'akaun ini telah digantung'.

Posting terbaharu Dr Mahathir adalah mengenai bebanan hutang 1MDB.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bagaimanapun berkata pihaknya tiada kaitan dengan blog yang telah disekat itu.

"Setakat yang diketahui, kita tidak mempunyai apa-apa kaitan dengannya. Saya cadangkan supaya anda periksa dengan pemilik blog tentang mengapa laman web itu tidak boleh diakses," kata Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman.
chedet.cc, Tun M, blog Tun M, SKMM

Artikel Lain