suria

Menteri Luar Ghana Melawat Malaysia, Perkukuh Hubungan

PUTRAJAYA: Hanna Serwaah Tetteh, Menteri Luar dan Integrasi Serantau Republik Ghana dijadual melakukan lawatan kerja ke Malaysia selama empat hari mulai Ahad.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau sejak dilantik sebagai menteri berkenaan pada Februari 2013.

Ia akan memberi nafas baharu dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pendidikan.

Kedua-dua pihak dijangka turut membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa.

Beliau juga dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Datuk  Seri Anifah Aman pada Selasa.

Selain itu Tetteh akan menghadiri mesyuarat dengan Putrajaya Holdings, melawat IRIS Corporation, bertemu pelabur berpotensi, menghadiri sesi penerangan mengenai Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan melancarkan Malaysia-Ghana Friendship Association (MAGHAFA).

Ghana merupakan rakan dagang Malaysia ketujuh terbesar di Afrika. Jumlah dagang antara Malaysia dan Ghana tahun lalu direkod pada RM1.6 bilion meliputi barangan seperti minyak sawit, koko, kekacang, minyak dan lemak sayuran.

Ghana, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain