PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar ditahan reman satu malam di lokap Balai Polis Jinjang. Pendengaran reman Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan diadakan pada 10 pagi, Selasa. Menurut Facebook PKR, polis akan cuba memanjangkan tahanan reman terhadap Izzah, esok. Izzah sempat bertemu anak-anaknya sebelum dibawa ke lokap Jinjang. -foto FB PKR Terdahulu, pada Isnin, dilaporkan bahawa anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana kesalahan liwat itu ditahan polis di bawah Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Difahamkan, penahanan Izzah itu dibuat berikutan ucapan Ketua Pembangkang yang dibacakan Nurul Izzah di Dewan Rakyat.