MIRI: Satu kebakaran secara besar-besaran yang seluas sekurang-kurangnya 100 padang bola sepak berlaku di Kuala Baram, utara Sarawak pada Rabu. Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri memulakan usaha pengeboman air dari udara menggunakan sebuah helikopter bagi memadankan kebakaran di kawasan dianggarkan seluar 40 hektar. Menteri Muda Komunikasi Sarawak, Datuk Lee Kim Shin membuat lawatan ke lokasi kejadian dan mengarahkan pendekatan bersepadu melibatkan pelbagai agensi dan syarikat swasta untuk menangani kebakaran itu. Beliau berkata, usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan tahap air bawah tanah bagi mengelakkan kebakaran berlaku ke dalam tanah. Tambahnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran. Sekurang-kurangnya 82 anggota bomba, sukarelawan dan pekerja Naim Cendera, syarikat yang memiliki tanah itu sedang berusaha untuk memadam kebakaran.