Dalam jawapan bertulis kepada Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Menteri Pengangkutan berkata ahli keluarga mangsa yang terlibat dimaklumkan melalui panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas serta kiriman e-mel.
"Untuk makluman anda, MAS telah memaklumkan waris keluarga MH370 satu jam sebelum pengumuman dibuat," katanya.
Pesawat Boeing 77& itu membawa 239 orang apabila hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.
Pada 29 Januari, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan bahawa kesemua 239 orang yang menaiki pesawat dianggap telah terkorban.
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia juga menegaskan bahawa usaha mencari pesawat itu tetap menjadi keutamaan.