Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini kira-kira pukul 6 pagi sebelum disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8 pagi dan mayat bayi tersebut dihantar ke Jabatan Forensik hospital untuk bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.