Dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, presidennya yang baharu dilantik, Steven Thiru berkata Majlis Peguam 'terkejut dengan penangkapan dan penahanan tergesa-gesa dan mendesak pihak polis untuk menghormati hak perlembagaan rakyat dan menegakkan kedaulatan undang-undang."
"Mahkamah Rayuan mengesahkan kebebasan mengikut perlembagaan ini sebagai hak asasi rakyat Malaysia, seperti yang dipetik dalam kes Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad lwn Pendakwa Raya tahun lepas.
"Oleh itu, tidak dapat dipertahankan lagi tindakan polis yang memutuskan untuk mengabaikan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nik Nazmi itu dan menangkap, serta dalam beberapa kes, menahan reman.
Beliau berkata sesuatu keputusan Mahkamah Rayuan, akan tetap berkuatkuasa dan tertakluk selagi tidak dibatalkan Mahkamah Persekutuan.
"Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak polis mesti menghormati undang-undang pada setiap masa, dan bukan hanya bila mereka mahu atau memilih untuk berbuat demikian. Pihak polis tidak boleh menjadi undang-undang kepada diri mereka sendiri, " katanya.
Beliau menambah tidak ada sebab untuk polis menahan aktivis , Nik Nazmi Nik Ahmad, aktivis S Jayathas, Fariz Musa, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, Teo Kok Seong dan Tian Chua kerana dilaporkan bahawa mereka secara sukarela bersetuju untuk hadir disoal siasat.