suria

Umno Perlu Tegas Hudud Di Kelantan - Musa Hitam

PETALING JAYA: Umno perlu membuat pendirian yang jelas mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, jelas Tun Musa Hitam.

"Umno perlu mengambil pendirian tegas. Isu negara mempunyai implikasi yang sangat panjang untuk negara ini, kedua-dua di dalam dan di peringkat antarabangsa, " kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan pada hari Sabtu. 

"Dari awal lagi, saya secara peribadi berpendapat bahawa hudud tidak sesuai untuk negara kita.

"Sebagai bekas pemimpin Umno, saya percaya bahawa sejak penubuhannya sehingga hari ini, pendirian Umno jelas bahawa hudud tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum, berbilang agama  seperti Malaysia," kata Musa, yang kini berada di Cordoba, Sepanyol menyertai sesi meja bulat Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).

Beliau juga berkata bahawa pihak pembangkang tidak seharusnya berpura-pura seperti mereka tidak tahu apa-apa.

Musa menyatakan bahawa rakyat tidak perlu terkejut dengan rang undang-undang hudud PAS, kerana mereka telah memperjuangkan sejak sekian lama.

"Jika saya salah mengenainya, maka Umno perlu menyatakan pendirian mereka secepat mungkin. Isu ini adalah penting dan tidak boleh diketepikan, "katanya.

Pada Khamis, dewan undangan negeri Kelantan  telah meluluskan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Undi tersebut telah diluluskan dengan sebulat suara oleh 44 wakil rakyat yang terdiri daripada 31 dari PAS, 12 dari Umno dan seorang dari PKR.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat kepada Parlimen memohon kebenaran membentangkan rang undang-undang persendirian itu pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini hingga 9 April.


hudud, Tun Musa Hitam

Artikel Lain