Dalam akaun Facebooknya pada Isnin, Najib menyifatkan pencapaian Kuan Yew sebagai hebat dan legasinya terjamin.
Berikut teks penuh catatannya: "Saya benar-benar sedih apabila mendengar mengenai kehilangan bapa anda. Ingatan dan doa saya bersama anda dan keluarga anda.
"Bagi pihak rakyat Malaysia, takziah yang tidak terhingga kepada rakyat Singapura.
Kuan Yew meninggal dunia pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura.
Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari kerana radang paru-paru yang teruk.
Beliau berusia 91 tahun.
Perdana Menteri Hsien Loong mengisytiharkan tempoh berkabung negara mulai Isnin (23 Mac) hingga Ahad (29 Mac).
Sebagai tanda penghormatan, bendera negara dikibarkan separuh tiang.