suria

Lee Kuan Yew: Pemimpin Politik Ucap Takziah

PETALING JAYA: Pemimpin politik negara turut menyampaikan ucapan takziah di atas kematian Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew.

Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pemimpin itu, terutamanya anaknya yang juga Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein turut berkongsi rasa simpati menerusi laman sosial Twitter: "Ucapan takziah kepada @leehsienloong sekeluarga dan rakyat Singapura di atas pemergian Lee Kuan Yew, yang juga merupakan pengasas Perdana Menteri Singapura.

Menteri Sukan dan Belia, Khairy Jamaluddin juga menyatakan ucapan takziah kepada keluarga perdana menteri Singapura.

"Singapura hari ini adalah legasi dan warisan beliau (Lee Kuan Yew)," kata Khairy.

"Pemergiannya meninggalkan satu era. Bersemadilah dengan aman," kata penasihat DAP, Lim Kit Siang kepada keluarga Kuan Yew diiringi ucapan takziah.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyamakan Kuan Yew dengan Perdana Menteri pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman Putra alhaj kerana sifat kepimpinan mereka yang sama dan sebagai 'pembina sesebuah negara'.

"Setiap usaha beliau perlu dihargai semasa mentadbir Singapura apabila tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

"Rakyat Singapura kehilangan seorang pemimpin dan tokoh penting yang banyak berjasa kepada negaranya," katanya.

Kuan Yew meninggal dunia pada usia 91 tahun di Hospital Besar Singapura pada Isnin jam 3.18 pagi Isnin kerana radang paru-paru yang teruk.



Artikel Lain