"Ini adalah berita kepada saya. Saya tidak tahu. Adalah sukar untuk memutuskan hubungan dengan kepala tetapi anda ingin meneruskan (hubungan) dengan ekornya," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Beliau berkata tindakan tersebut akan mewujudkan dilema di dalam pakatan rakyat dan ia memerlukan perbincangan lanjut di kalangan pemimpin parti.
Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa berkata disebalik keputusan DAP itu, PAS masih boleh bekerja dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata DAP tidak boleh memutuskan hubungan dengan presiden parti itu.
"Mereka tidak boleh putuskan hubungan dengan seorang pemimpin di dalam parti kerana Hadi mewakili PAS di dalam Pakatan Rakyat. Apa yang mereka katakan mempunyai maksud tersirat.
"Daripada apa yang saya faham, mereka mahu memberi tekanan dalam kalangan ahli PAS untuk menolak Hadi. Saya mahu DAP untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut," katanya.