Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata antara punca majikan tidak dapat menyediakan taska ialah bangunan tempat kerja yang tidak memenuhi kriteria keselamatan oleh pihak bomba.
Bagaimanapun beliau berkata majikan yang tidak dapat menyediakan taska pada aras yang bersesuaian di pejabat boleh menyewa lokasi berhampiran supaya ibu bapa dapat menghantar anak-anak di tempat berdekatan dengan tempat kerja.
"Mungkin mereka boleh sewa tempat di sebelah (pejabat) kerana ciri keselamatan memang sangat penting," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.
Bagaimanapun, katanya Jabatan Pertanian telah mengambil beberapa langkah pemulihan menerusi projek pembangunan tanah terbiar.
Persidangan dewan bersambung pada Rabu.