"Tidak... Tidak... tak ada semakan semula. Kita terus berpegang pada perjanjian (asal)," katanya menjawab pertanyaan pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.
Pertanyaan berkenaan timbul berikutan perbincangan yang diadakan antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan, Isnin lepas, berhubung perjanjian penstrukturan air di negeri itu.
Mengenai status dua aset tanah di Bukit Nanas dan Semenyih yang terlibat dalam perjanjian utama itu, Ongkili berkata perkara itu akan ditentukan selepas perbincangan seterusnya antara kedua-dua belah pihak.
Katanya, kedua-dua aset tanah itu milik kerajaan Persekutuan.
Katanya, isu air tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri.
Mohamed Azmin dilaporkan berkata perbincangan awal tentang hal berkenaan diadakan antara Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Ketua Setiausaha Kementeri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Loo Took Gee.
Pada 9 Mac lepas, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar beberapa terma Perjanjian Utama yang ditandatangani tahun lepas.