suria

Senarai Harga Rokok Tidak Benar - British American Tobacco Malaysia Bhd

PETALING JAYA: British American Tobacco Malaysia Bhd menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan senarai harga rokok palsu di laman media sosial.

Dalam satu kenyataan, syarikat tersebut berkata senarai harga yang disebarkan itu adalah tidak benar.

Justeru, satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.

"Oleh itu, kami menyeru orang ramai untuk tidak menyebarkan senarai harga palsu itu," kata syarikat tersebut.

Senarai harga rokok itu dipercayai disebarkan di laman media sosial sejak 24 Mac.


harga rokok, palsu

Artikel Lain