Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Lawrence Munusamy, 43, yang didakwa mencederakan V. Suria, 32, dengan sebilah pisau sehingga mangsa cedera di pinggang dan mendapat 12 jahitan.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pondok Pengawal Apartment Rampai Court, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju pada 4.30 petang, 21 Mac lepas.
Lawrence yang turut cedera dalam pergaduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
"Seumur hidupnya dia tidak pernah kenal siapa keluarganya, namun begitu dia mempunyai pekerjaan tetap sejak tahun lepas sebagai tukang kebun. Pergaduhan ini juga telah menyebabkan anak guam saya mengalami kecederaan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan mempertimbangkan kesalahan yang telah dilakukan.