suria

Anak Perempuan TPM Selamat Diijab Kabul

Muhyiddin dan Noorainee serta ibu bapa pengantin lelaki bergambar bersama pasangan pengantin baru Idris Koh dan Najwa selepas majlis akad nikah di Seri Satria, Putrajaya pada Khamis. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria di sini Khamis.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang berlangsung pada 11.40 pagi, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.

Najwa berusia 28 tahun manakala pasangannya 29 tahun.

Majlis pernikahan ringkas namun meriah dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada ibu dan bapa pengantin lelaki, Puan Chiam Juat Wah dan Encik Koh Lai Poo, anggota keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.
Muhyiddin Yassin, Najwa, nikah

Artikel Lain