KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri pada Khamis menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pelaksanaan hukum Hudud. Perkara itu dijelaskan melalui laman Twitter 'Msia PM Press Office' @PMOMalaysia. "Pejabat PM ingin menafikan bahawa PM @NajibRazak telah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud hari ini", katanya. Menurutnya, paparan kenyataan kononnya oleh Najib yang tersebar dalam aplikasi 'Whatsapp' dan media sosial mengenai perkara itu adalah palsu.