suria

PMSP Sedia Jadi 'Benteng' Keselamatan Majlis Perkahwinan Anak PM

Ramesh Rao

PETALING JAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) bertekad untuk menjadi 'benteng' kepada  ancaman demonstrasi anti-GST sepanjang majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.

Presidennya, Ramesh Rao berkata, seramai lebih 500 ahli PMSP dijangka akan menjadi benteng tersebut bersama anggota keselamatan bagi memastikan majlis berjalan lancar.

"Ramai pemimpin ternama akan menghadiri majlis tersebut dan kami akan menghalang sebarang kekecohan daripada berlaku demi menjaga imej negara.

"Kami khuatir peserta demonstrasi akan memburukkan imej dan maruah negara di mata pemimpin luar dengan mengadakan kekecohan," katanya dalam sidang media 'Langkah Mayat Saya Dulu' di sini pada Jumaat.

Ramesh memberitahu,PMSP tidak mengenakan sebarang kod pakaian khas untuk ahlinya yang akan menjadi 'benteng' berkenaan.

"Kami tidak mempunyai kod pakaian malah cuma berpakaian biasa dan akan menghalang serta-merta peserta demonstrasi yang mengadakan kekecohan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

"Sekiranya berlaku kekecohan, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak," tambahnya. 

GST, Perhimpunan Haram, KLCC

Artikel Berikut

Artikel Lain