KUANTAN: Seorang gadis berusia 14 tahun yang kahwin lari ke Lombok dengan seorang lelaki Indonesia bernama Deddy mahu kembali ke pangkuan ibunya selepas enam bulan kemudian. "Saya mengenali Deddy selama setahun dan saya fikir dia mahu membawa saya jalan-jalan, jadi saya mengikutnya. "Apabila saya berada di sana, saya terus mendesaknya supaya tidak pergi kerja dan menghabiskan masa dengan saya." "Satu hari, dia naik angin dan memukul saya di muka," kata gadis itu pada Sabtu. Katanya, pada mulanya dia berasa gembira 'lari' bersama Deddy, 26, pada 9 September tahun lepas tetapi menjadi takut selepas dipukul lelaki itu. Dia juga terkejut apabila Deddy mahu mengahwininya sebaik sahaja dia berumur 16 tahun. Pada 1 Mac, dia berjaya menghubungi ibunya, yang meminta bantuan daripada Adun Teruntum Sim Chon Siang. Polis Indonesia mengesan gadis itu di timur Lombok dan meletakkannya di bawah penjagaan pihak berkuasa pada 20 Mac, sebelum dia diletakkan pula di bawah perkhidmatan perlindungan kanak-kanak di Mataram, Indonesia. Remaja itu akhirnya bersatu semula dengan ibunya pada 24 Mac. Chon Siang berkata, Deddy yang berasal dari suku Sasak, berfikir mengahwini gadis itu dengan amalan 'penculikan untuk berkahwin' sebagai tidak menyalahi undang-undang. Chon Siang berkata Deddy ditahan oleh Jabatan Imigresen Indonesia kerana membawa gadis itu ke negara tersebut tanpa dokumen yang sah.