Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui 11.55 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata kontraktor berkenaan telah menghubungi pihak bomba, yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.
Hasil siasatan mendapati ada kesan jerutan di leher dan kesan bakar ke atas mayat berkenaan, katanya.
"Kedua-dua tangan dan kaki mangsa telah tiada dan mempunyai kesan bakar," katanya ketika dihubungi Isnin.
Beliau berkata polis tidak menemui sebarang barangan berharga daripada mangsa.