suria

SKMM Rekod Keterangan Staff TMI

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merakam kenyataan pihak pengurusan dan kakitangan The Malaysian Insider (TMI) yang terlibat dalam penerbitan artikel mengenai hudud dan Majlis Raja-Raja.

Mereka yang ditahan termasuklah Penerbit The Edge Ho Kay Tat, Pengarang Urusan TMI Lionel Morais dan Pengarang Berita Bahasa, Amin Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong yang dibebaskan petang Selasa.

SKMM juga mengambil kenyataan daripada sub-editor Bahasa TMI , kakitangan IT, pengurus sumber manusia dan seorang wartawan yang menterjemahkan cerita asal dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris.

Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif TMI Jahabar Sadiq, yang ditahan pagi Selasa bersama perunding IT berada dengan polis di Menara Sasar di sini, di mana terletaknya pelayan TMI.

Polis dijangka merampas pelayan tersebut.

Laporan pada 25 Mac menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja telah menolak rancangan untuk meminda undang-undang yang akan membenarkan hudud dikuatkuasakan di Kelantan.

Mahkamah Majistret pada Selasa menolak permohonan polis untuk menahan reman Zulkifli, Amin Iskandar dan Morais, yang ditahan pada petang Isnin.

Ho dan Jahabar, yang ditahan pagi ini, dijangka ditahan semalaman dan pendengaran reman mereka ditetapkan pagi Rabu, berdasarkan tweet peguam Syahredzan Johan.
TMI, rakam keterangan, SKMM

Artikel Berikut

Artikel Lain