suria

Petisyen Pengampunan Diraja Anwar Ditolak

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat, kata Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh pada Rabu.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu.

Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas). 

Anwar adalah anggota Parlimen Permatang Pauh.

Amarjeet Singh berkata berikutan keputusan lembaga pengampunan itu, mahkamah telah menolak permohonan Ketua Pembangkang itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang melarangnya menghadiri sidang Dewan Rakyat.
 
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri Amarjeet Singh dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar.

Artikel Sebelum

Artikel Lain