Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata ketiga-tiga suspek ditahan di daerah timur laut petang semalam dan awal pagi Khamis.
Mereka yang berumur antara 25 dan 30 tahun direman sehingga Isnin.
Beliau berkata polis masih mengesan empat lagi rakan suspek yang disyaki turut terlibat dalam kejadian itu.
Dalam kejadian pada 9.55 malam itu, seorang ahli perniagaan berusia 50-an cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang khemah di hadapan restoran itu yang turut menempatkan 15 tetamu lain.
Siasatan mendapati mangsa bukan merupakan mana-mana anggota kumpulan kongsi gelap dan menghadiri majlis tersebut bagi meraikan sambutan ulang tahun hari lahir anak kenalannya.