suria

Jabatan Kastam Puas Hati Pelaksanaan GST

Subromaniam Tholasy.
PUCHONG: Jabatan Kastam berpuas hati dengan tahap pematuhan peniaga dan penerimaan pengguna terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa pada 1 April. 

Pengarah GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy yang mengetuai operasi bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meletakkan kadar pematuhan berada pada tahap 80%. 

"Berdasarkan apa yang kami dengar, tiada kekecohan dan pengguna mula menerima yang mereka harus membayar GST," kata Subramanim di sebuah pusat beli belah di sini. 

Beliau berkata objektif mereka adalah untuk memastikan hanya peniaga yang berdaftar sahaja boleh mengenakan GST dan  mematuhi peraturan cukai  yang ditetapkan, termasuk mengeluarkan resit kepada pelanggan. 

"KPDNKK juga akan memantau trend harga bagi memastikan tiada kenaikan harga yang mendadak," katanya. 

Subromaniam berkata mereka akan mengambil pendekatan yang fleksibel dan tidak akan mengenakan denda terhadap peniaga. 

Buat masa ini, operasi tertumpu kepada menyampaikan nasihat dan mengumpulkan maklum balas daripada pengguna. 

"Kami mahu lihat apa yang berlaku pada hari pertama pelaksanaan GST," katanya. 

Namun notis akan dikeluarkan kepada peniaga yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan berkuatkuasa pada Khamis. 

Subramaniam berkata sebarang tindakan yang diambil bergantung kepada penjelasan munasabah yang diberikan oleh pihak peniaga. 

Jabatan Kastam dan KPDNKK telah mengarahkan 4,000 pegawai dalam operasi yang akan berterusan hingga 15 April ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain