Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tambahan peruntukan itu selaras dengan Akta Pertambahan Hasil 1977 dan Akta Pemberian Hasil Pindaan 2007.
"Akta ini menyatakan setiap pertambahan hasil persekutuan mesti dsalurkan kepada kerajaan negeri dan hak ini dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berhubung pendirian kerajaan negeri terhadap peruntukan tambahan hasil daripada GST yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan menyasarkan hasil dikutip dikembalikan kepada rakyat melalui pembangunan negara dan peningkatan kemudahan awam.