Tumpahan minyak itu dikesan pada pukul 8 pagi, Khamis. Ia menyebabkan loji rawatan air Semangar dan loji rawatan air Sungai Johor terpaksa ditutup.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohamad menyifatkan apa yang berlaku sebagai pencemaran paling serius pada tahun ini, dan beliau berkata tindakan segera akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
Beliau turut menggesa pengguna menyimpan air atau menghubungi talian hotline Syarikat Air Johor di 1800-88-7474 atau SMS 019-7727474 atau menghantar emel kepada customer.care@saj.com.my