"Saya tidak mendapat pencalonan untuk jawatan itu, jadi saya tidak boleh beritahu anda sama ada saya mungkin bertanding untuk jawatan tersebut atau tidak.
"Namun, ia masa yang panjang sebelum pemilihan parti pada Jun ini... segalanya boleh berlaku," katanya kepada pemberita pada forum hudud, malam Rabu.
Ketika ditanya mengenai Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mohd Amar berkata beliau mengalu-alukan kesediaan parti itu untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik.
"Ahli PasMa adalah seperti anai-anai di dalam parti, yang boleh merosakkan PAS tanpa kita sedari," katanya.
Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Rabu berkata, badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada ahli PAS kini bakal menjadi sebuah parti politik selepas mendapat sokongan daripada ahli-ahlinya untuk berbuat demikian.
Phahrolrazi berkata PasMa akan melakukan kajian untuk mengetahui sama ada ia perlu didaftarkan sebagai sebuah parti selepas mengambil kira situasi yang melanda Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai tidak stabil.