Adnan berkata beliau sangat sedih dengan kematian mengejut Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang dianggap sahabat sejak hampir 30 tahun.
"Bagi pihak diri saya, Negeri Pahang dan Umno Pahang, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Jamaluddin dan juga semua keluarga mangsa kemalangan nahas helikopter," katanya.
Adnan berkata, sumbangan Jamaluddin untuk agama, bangsa dan politik sangat dihargai dan dikenang.
Beliau turut menyifatkan Anggota Parlimen Rompin itu sebagai seorang yang mempunyai watak berwarna-warni dan ceria.