Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata arahan tersebut adalah bersifat sementara sehingga kerajaan mencari jalan penyelesaian berhubung cara untuk menyelaras kutipan caj perkhidmatan itu.
"Buat masa ini, tiada badan khas atau arahan yang mengawal kutipan caj perkhidmatan. Ia adalah amalan antarabangsa yang lama. Namun, memandangkan kami menerima banyak aduan dari pelanggan, kami mengeluarkan arahan ini," katanya pada sidang media di sini Isnin.
"Adalah penting bagi pelanggan untuk mengetahui jenis perkhidmatan yang mereka perolehi sekiranya tempat tersebut mengenakan caj perkhidmatan," kata Alias.
Sekiranya arahan tersebut tidak dipatuhi, Alias berkata pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.