suria

Hudud Dibincang Dalam Kabinet - Dr Wee

Dr Wee Ka Siong.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mungkin dipetik di luar konteks, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beberapa portal online terdahulu memetik Khairy sebagai berkata MCA tidak menentang hudud dan tidak membangkitkan isu itu untuk dibincangkan dalam Kabinet.

"Saya tidak pasti jika apa yang dikatakan Khairy dipetik di luar konteks atau sekiranya beliau benar-benar berkata demikian," kata Dr Wee.

Menurut beliau, isu hudud dibincangkan di tiga mesyuarat Kabinet berasingan iaitu pada 17 Disember tahun lalu, 20 dan 27 Mac ini.

"Pada malam Ahad, presiden parti dan saya meneliti minit mesyuarat beberapa sesi Kabinet yang lalu," katanya.

Beliau berkata dakwaan terhadap MCA adalah tidak adil kepada beliau, Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan hudud.

Artikel Lain