Majlis tersebut dijadualkan pada Ahad, atas sebab itu isterinya, Datin Yee Sow Yen, 58, berat hati melepaskan beliau untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan pada hari sebelumnya.
"Dia (Yee) beritahu saya bahawa Tan berada di Kuala Lumpur selama seminggu sebelum menghadiri majlis tersebut. Dan suaminya memberitahu bahawa beliau hanya akan kembali pada hari ini (Ahad)," kata rakan keluarga dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.
Wartawan cuba untuk bercakap dengan Yee tetapi beliau enggan bertemu dengan mereka.
Pasangan tersebut mempunyai dua anak lelaki dan dua perempuan masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an.
Tan yang merupakan Pengarah Urusan Lam Ho Enterprise Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Baiduri juga dikenali sebagai pengumpul kereta mewah seperti Ferrari, Bentley, Jaguar dan Mercedes Benz.
Selain aktif dalam program amal, Tan merupakan Naib Presiden Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong Kedah-Perlis.