Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata untuk mencapai misi mereka, kumpulan pengganas itu merancang untuk menculik orang kenamaan (VIP) dan merompak bank bagi membiayai aktiviti militan mereka.
"Kami menerima maklumat bahawa mereka juga merancang untuk menyerang beberapa kem tentera dan balai polis untuk memperolehi senjata api.
"Antara lokasi yang dikenal pasti sebagai sasaran kumpulan tersebut adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata Khalid dalam satu kenyataan pada Selasa.